Friday, April 25, 2008

sejarah pakatan pembangkang

PENDAHULUAN

Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem plitik demokrasi, kewujudan parti politik adalah satu kemestian. Parti politik terdapat di kebanyakan negara tanpa mengira sistem politiknya terutama negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Walaupun dalam sesetengah kes terdapat negara yang mengamalkan sistem demokrasi tanpa adanya parti politik, namun kebanyakan negara menerima kewujudan parti politik sebagai suatu perkara penting yang mendasari demokrasi yang diamalkan di sesebuah negara.[i]

Dalam konteks Malaysia, amalan demokrasi ini telah memberi ruang yang luas kepada kewujudan parti-parti politik. Sejak zaman sebelum merdeka lagi, telah ditubuhkan pelbagai aliran politik yang berasal dari tuntutan rakyat itu sendiri yang mahukan adanya suatu badan khas yang dapat menjamin hak mereka didengari oleh pemerintah. Penubuhan parti-parti politik ini memperlihatkan pola yang menarik dengan mempamerkan beberapa parti wujud dan sesetengahnya turut terkubur. Lazimnya apabila wujud parti pemerintah, akan timbul pula parti pembangkang bagi mengimbangi kekuasaan parti pemerintah melalui amalan ’sekat dan seimbang’. Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, sudah semestinya isu perkauman tidak dapat lari dari dipersoalkan. Walaupun terdapat rang undang-undang yang mengawal perkara tersebut, kewujudan parti politik yang bersikap memihak kepada suatu kaum sahaja menjadi trend pada awal penubuhan sesetengah parti bertujuan mendapat sokongan mudah dengan menggunakan tiket sama bangsa. Oleh itu timbulah pelbagai parti yang membawa pelbagai ideologi masing-masing yang bersaiang dengan parti pemerintah untuk mendapatkan mandat dari rakyat.

No comments: