Wednesday, October 15, 2008

SEJARAH PENGGABUNGAN PARTI PEMBANGKANG DI MALAYSIA


Parti pembangkang merupakan antonim kepada parti pemerintah. Hal ini memberi erti sebarang kewujudan parti yang tidak mempunyai ikatan politik atau berbeza ideologi dengan pemerintah boleh dinggab sebagai parti pembangkang. Sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi, parti pembangkang telah mula ditubuhkan.

Contoh gabungan awal parti pembangkang sebelum kemerdekaan adalah gabungan PUTERA-AMCJA. Kedua-dua parti ini telah mengadakan pakatan bagi menentang penjajahan British dan berjuang menuntut kemerdekaan. Gabungan ini terdiri dari Parti Kebangsaan Melayu(PKM), Kesatuan Demokratik Tanah Melayu( dinggotai intelek dari Singapura), Gabungan Dewan Perniagaan Cina, beberapa pertubuhan komunis dan Kongres India Tanah Melayu(MDU). Manakal PUTERA pula diasaskan dari Parti Kebangsaan Melayu yang ahlinya merupakan kumpulan melayu tulen. Penggabungan ini bertujuan mengemukakan beberapa cadangan altenatif dalam perlembagaan. Namun apabila berlaku pengisytiharan Perlembagaan Tanah Melayu pada 1948, Gabungan ini telah berpecah. Peristiwa darurat yang berlaku akibat pemberontakan komunis telah menyebabkan beberapa pertubuhan yang menggangotai AMCJA dan PUTERA telah diharamkan oleh pihak kerajaan. Manakala MDU pula dibubarkan dan menubuhkan parti baru yang kemudiannya dikenali MIC menyokong Parti Merdeka Tanah Melayu(IMP) pada awalnya tetapi gagal dan akhirnya menyertai Perikatan. Nasib PKM pula malang apabila diharamkan pada tahun 1950 oleh pemerintah disebabkan fahaman komunis dalam parti tersebut. Parti IMP ditubuhkan oleh Dato Onn yang telah meletak jawatan dalam UMNO berikutan usulnya untuk membuka keahlian kepada orang bukan melayu ditolak oleh ahli UMNO itu sendiri. Pada awal penubuhan parti ini mendapat sokongan dari sebahagian ahli MCA dan MIC dan beliau juga berhasrat agar UMNO akan bekerjasama dengannya tetapi Tunku yang merupakan Presiden baru UMNO telah menolak usul kerjasama tersebut.

KEWUJUDAN GABUNGAN PARTI PEMBANGKANG DI MALAYSIA

Setelah mencapai kemerdekaan, era politik negara telah diwarnai dengan parti politik dominan,UMNO dan PERIKATAN menjadi parti pemerintah. Seiring dengan itu juga telah pun muncul beberapa parti politik yang menjadi pembangkang seperti Parti Negara,Pas,DAP dan Parti Buruh. Sebagai usaha untuk mempengaruhi dasar kerajaan yang baru ditubuhkan serta berhsrat mengambil alih teraju pemerintahan, beberapa parti pembangkang telah mengadakan pakatan untuk memperkasakan kekuatan melalui gabungan parti yang memungkinkan lebih banyak sokongan diraih.

Antara parti yang terawal membentuk gabungan adalah wujudnya Parti Barisan Sosialis Rakyat Tanah Melayu (SF) yang ditubuhkan pada 31 Ogos 1957 terdiri daripada Parti Rakyat dan Parti Buruh. Gabungan ini memulakan persidangannya pada Kongres SF yang pertama pada Oktober 1958. Namun gabungan ini akhirnya tamat pada paenghujung 1965 kerana gagal memperjuangkan sosialisme ysng dilihat agak sukar dilakukan memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa dan meletakkan perkauman adalah lebih penting daripada kelas. Selaian kurang mendapat sambutan dikalangan orang Melayu luar bandar kerana sosialisme yang bercorak radikal, gabungan ini juga telah dituduh membawa unsur komunisme dan beberapa ahlinya telah ditangkap oleh pihak kerajaan.

Parti PAS juga pada awalnya pernah menadakan perjanjian tidak rasmi dengan Parti Negara pada pilihanraya 1959. perjanjian ini meliputi kerjasama agar setiap pihak saling membantu dalam pilihanraya tersebut dalam usaha menentang Perikatan. Namun pakatan itu dilihat sebagai bersifat sementara iaitu sekadar pakatan pilihanraya tetapi tidak melibatkan ideologi masing-masing. Terdapat juga pendapat yang mengatakan hubungan sulit PAS-DAP namun dinafikan kedua-dua pihak. Kenyataan dikeluarkan PAS pula memperlihatkan sokongan PAS terhadap dua calon GERAKAN yang bersifat menyokong dengan menyediakan jentera kempen untuk parti GERAKAN.

Pakatan antara Dap dan PPP juga diwujudkan pada Mac 1968 apabila kedua-dua parti itu membuat perjanjian bagi membahagikan kawasan pilihanraya masing-masing di Perak bagi meningkatkan peratus kemenangan. DAP seterusnya memulakan pakatan dengan GERAKAN Februari1969 . Pakatan ini juga meliputi pembahagiaan kawasan iaitu kawasan Pulau Pinang diberikan kepada GERAKAN, Selangor dibahagikan antara mereka manakala Negeri Sembilan, Johor dan Melaka diserahkan pada DAP.

Strategi ini dilihat berjaya apabila PERIKATAN memperolehi undi yang berkurangan, hasil dari kerjasama yang dimainkan oleh parti-parti pembangkang tersebut. Sungguhpun masih utuh meneraju negara, keadaan ini menggambarkan kesan yang agak membimbangkan kepada PERIKATAN dengan strategi yang dimainkan oleh pembangkang sehinggakan parti tersebut tewas kepada PAS di Kelantan, GERAKAN di Pulau Pinang, tewas kepada campuran pembangkang negeri Perak dan Selangor sehingga timbul ura-ura seorang Menteri Besar bukan Melayu akan dilantik

Pada tahun 1989 pula, penggabungan parti pembangkang turut berlaku. Penggabungan yang dikenali ’Harakah Keadilan Rakyat’ yant dipelopori PAS , SDP, PRM , dan NasMa dijalankan tetapi gagal menumbangkan UMNO kerana sokongan kuat pengundi cina kepada DAP dan tidak menunjukkan minat terhadap penggabungan tersebut. Walaubagimanpun penggabungan seterusnya iatu pada pilihanraya1990 merupakan penggabungan yang dianggap terbesar dari sebelumnya dengan menyaksikan gabungan yang dikenali ’Angkatan Perpaduan Ummah’ dipelopori oleh PAS, Semangat 46, BERJASA, dan HAMIM manakala ’Gagasan Rakyat’ pula ditunjangi oleh Semangat 46, DAP, IPF, MSP,dan PBFdi Sabah.kejayaan ini agak memberangsangkan dengan kejayaan menawan dua buah negeri iaitu Sabah dan Kelantan. Namun gabungan ini tidak bertahan lama apabila pengasas dan ahli Semangat 46 telah kembali ke pangkuan UMNO sehingga membawa kepada pembubaran parti tersebut,

Setelah beberapa pilihanraya diadakan, sebilangan parti politik haluan pembangkang masih mengadakan pakatan untuk menumbangkan parti pemerintah, UMNO. Antara pakatan yang paling menonjol adalah pakatan PAS-DAP.Penggabungan PAS dan DAP ini pula adalah merupakan suatu peristiwa penting kerana menyaksikan dua buah parti yang sering berlawanan ideologi iaitu satu pihak mendasari agama manakala satu lagi memperjuang hak kesamarataan. Namun begitu, kedua pihak ini telah berkerjasama menerima satu dokumen permuafakatan membentuk Barisan Altenatif bersama-sama Parti Rakyat Malaysia(PRM) dan KeAdilan untuk bersama menumbangkan kerajaan Barisan Nasional. Penggabungan ini dilihat banyak berkait rapat dengan kes Annuar Ibrahim pada 2 september 1998 telah melahirkan pertubuhan yang dikenali Gagasan Demokrasi Rakyat, Adil, dan Gerak bersatu dibawah nama Barisan Altenatif. Namun begitu populariti gabungan ini jelas kian menurun selepas sekian lama dan pada pilihanraya 2004, KeAdilan dan PRM gagal mempertahankan jumlah kerusi masing-masing sebagaimana yang diperolehi pada pilihanraya sebelumnya. Manakala kekalahan teruk PAS di Terengganu dan kemenangan tipis di Kelantan telah membuktikan penurunan sokongan majoriti terhadap parti pembangkang itu. DAP pula telah menarik diri dari pakatan tersebut pada September 2001. sekali lagi kegagalan telah menyelubungi pkatan pembangkang dan diakhiri dengan perpecahan antara gabungan

CABARAN BERDIRI SEBAGAI PARTI PEMBANGKANG

Amalan demokrasi yang membenarkan kehadiran parti pembangkang menjadi unsur penting dalam sistem tersebut. Namun terdapat juga risiko dan kelemahan untuk berjuang sebagai parti pembangkang. Kelemahan ini meliputi situasi undang-undang ataupun berupa kekangan diskriminasi sosiopolitik. Keadaan ini telah menyempitkan pergerakan parti pembangkan dan membenarkan penguasaan politik memberatkan parti pemerintah.




Friday, April 25, 2008

sejarah pakatan pembangkang

PENDAHULUAN

Dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem plitik demokrasi, kewujudan parti politik adalah satu kemestian. Parti politik terdapat di kebanyakan negara tanpa mengira sistem politiknya terutama negara yang mengamalkan sistem demokrasi. Walaupun dalam sesetengah kes terdapat negara yang mengamalkan sistem demokrasi tanpa adanya parti politik, namun kebanyakan negara menerima kewujudan parti politik sebagai suatu perkara penting yang mendasari demokrasi yang diamalkan di sesebuah negara.[i]

Dalam konteks Malaysia, amalan demokrasi ini telah memberi ruang yang luas kepada kewujudan parti-parti politik. Sejak zaman sebelum merdeka lagi, telah ditubuhkan pelbagai aliran politik yang berasal dari tuntutan rakyat itu sendiri yang mahukan adanya suatu badan khas yang dapat menjamin hak mereka didengari oleh pemerintah. Penubuhan parti-parti politik ini memperlihatkan pola yang menarik dengan mempamerkan beberapa parti wujud dan sesetengahnya turut terkubur. Lazimnya apabila wujud parti pemerintah, akan timbul pula parti pembangkang bagi mengimbangi kekuasaan parti pemerintah melalui amalan ’sekat dan seimbang’. Sebagai sebuah negara yang berbilang bangsa, sudah semestinya isu perkauman tidak dapat lari dari dipersoalkan. Walaupun terdapat rang undang-undang yang mengawal perkara tersebut, kewujudan parti politik yang bersikap memihak kepada suatu kaum sahaja menjadi trend pada awal penubuhan sesetengah parti bertujuan mendapat sokongan mudah dengan menggunakan tiket sama bangsa. Oleh itu timbulah pelbagai parti yang membawa pelbagai ideologi masing-masing yang bersaiang dengan parti pemerintah untuk mendapatkan mandat dari rakyat.